Wednesday 25 April 2012

Keperluan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya

Keperluan dan peranan perkhidmatan terhadap bimbingan dan kaunseling kerjaya, terutamanya, di sekolah mendapat sambutan yang baik. Melalui perkhidmatan ini, pelajar-pelajar akan di bantu dalam membina kemahiran-kemahiran untuk membuat keputusan, mengumpul, memilih dang mengaplikasikan sebanyak mungkin maklumat bagi membolehkan mereka membuat pemilihan yang lebih teliti bersesuaian dengan diri mereka.

Contohnya, di sekolah, kaunselor memainkan peranan yang sangat penting dalam bimbingan kerjaya ini. Berikut merupakan peranan dan fungsi bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah:

  • Kesedaran diri - Pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya sendiri, kehendak atau keinginan dalam hidupnya, kekuatan, kegemaran, minat atau kebencian peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar untuk membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan  membantunya membuat keputusan kerjaya seumur hidupnya supaya lebih berkesan dan bermanfaat.
  • Kesedaran ekonomi - Pelajar diharapkan supaya lebih jelas dan faham akan perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya hidup dan juga pekerjaan. Ini penting supaya pelajar menyedari atau mengerti bahawa hidup memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan merupakan antara salah satu usaha yang dapat memenuhi dan mengisi keperluan hidup tersebut. 
  • Kesedaran pendidikan - Pelajar diharapkan dapat mengenali kepentingan asas kemahiran perkembangan dan penguasaan kandungan pengetahuan untuk mencapai sesuatu matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap pendidikan yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk membolehkan mereka melaknsanakan pekerjaan dengan baik.
  • Kesedaran kerjaya - Pelajar diharapkan dapat mengerti dan memahami bahawa perkembangan kerjaya termasuk dalam kemajuan pendidikan, pengalaman kerja, kefahaman terhadap pelbagai jenis pekerjaan dan kaitannya dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-peringkat tertentu. 
  • Sikap dan apresiasi - Pelajar dapat membentuk satu sistem nilai dalaman yang menyertakan sama penilaiannya terhadap kerjaya peribadi dan juga peranannya sebagaimana sebagaimana anggapan dan pemikiran orang lain. Apresiasi terhadap peranan kerjaya peribadi seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif dan mampu memberi prestasi yang memuaskan bukan sahaja dalam kerjayanya malah juga kehidupan bermasyarakatnya. 
  • Pengambilan keputusan - Selepas pelajar di bekalkan dengan pelbagai input/maklumat lengkap berkaitan setiap prospek keperluan kerjaya, maka, ini akan memudahkan mereka membuat penilaian dan keputusan yang lebih tepat dan dapat memuaskan hati selaras dengan kehendak diri mereka. 
  • Permulaan bagi kemampuan - Sekiranya murid-murid semenjak peringkat awal di asuh bagaimana mengambil dan membuat keputusan dengan berkesan, ini bermakna, mereka telah dididik untuk membina asas kemahiran kognitif yang mengandungi langkah mengenalpasti tujuan tugas-tugas mereka, garis panduan tatacara, operasi yang memerlukan persembahan mutu, serta menilai segala keputusan yang di buat. Ini semua merupakan tunas kemampuan yang mula bercambah dan hidup segar menjadi satu kemampuan yang lebih besar jika terus diasuh dan dipupuk (Ryan, 1978)
 Sumber rujukan : Kaunseling Kerjaya (Teori dan Amalan) oleh Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin

No comments:

Post a Comment