Tuesday 2 October 2012

Aplikasi Permohonan Untuk Pelajar!!

Aplikasi permohonan untuk program matrikulasi bagi pelajar tingkatan 5 boleh di buat dilaman web berikut:

Permohonan Matrikulasi

Aplikasi permohonan ke kolej vokasional dan sekolah teknik bagi pelajar tingkatan 3 boleh dibuat dilaman web berikut:

Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik


Monday 17 September 2012

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012
 
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
 
Terima kasih

Tuesday 3 July 2012

Wanita Profesional Sedikit

2012/07/03


Kekurangan satu kerugian bagi rantau Asia Pasifik

Bilangan wanita menjawat jawatan tinggi dalam syarikat di beberapa negara maju Asia terlalu sedikit, sekali gus mengecilkan kumpulan bakat memacu pertumbuhan ekonomi.

Firma perunding McKinsey & Company dalam kaji selidiknya mendapati secara purata wanita di Asia Pasifik hanya mewakili enam peratus dalam lembaga pengarah berbanding 17 peratus di Eropah dan 15 peratus di Amerika Syarikat (AS).

Kaji selidik membabitkan 744 syarikat dalam kalangan 10 pasaran saham utama itu juga mendapati wanita hanya lapan peratus dalam jawatankuasa eksekutif, berbanding 10 peratus di Eropah dan 14 peratus di AS.

Majoriti graduan wanita

“Ia adalah pembaziran bakat yang besar kerana separuh daripada graduan di Asia adalah wanita. Ini adalah kerugian, lebih-lebih lagi rantau ini kekurangan pengurus kanan,” menurut laporan bertajuk Women Matter.

Australia, Hong Kong dan China mempunyai paling ramai wanita dalam lembaga pengarah, masing-masing merangkumi 13, sembilan dan lapan peratus manakala Korea Selatan, Jepun dan India berada di tahap paling rendah.

Di Korea Selatan, yang kuat dengan budaya konservatif, wanita dibebani tugas berat di tempat kerja dan di rumah, hanya satu peratus wanita dalam lembaga pengarah.

Jepun pula kedua terendah dengan dua peratus, berikutan tekanan menjadi suri rumah menyebabkan 60 peratus wanita berhenti kerja selepas berkahwin.

Jumlah itu meningkat sedikit tinggi pada lima peratus di India.

Tekanan kerjaya dan kerja rumah menjadi sebab utama wanita di dalam kedua-dua kuasa ekonomi di Jepun dan India meninggalkan pekerjaan. Bagaimanapun, persepsi itu tidak memberi kesan ketara di Singapura dan China.

“Beban dua kali ganda ini menjejaskan wanita di Eropah.

“Tetapi ia tidak boleh disangkal bagi wanita Asia dan juga disumbang oleh kekurangan sokongan kerajaan dalam perkara seperti penjagaan kanak-kanak,” katanya.

Bagaimanapun, China lebih baik berbanding jiran lain di Asia tetapi situasi di ekonomi terbesar Asia itu jauh daripada memuaskan dan ia mempunyai kadar penyertaan buruh wanita paling besar di dunia, tambah laporan itu.

“Pasaran buruh dan persaingan sengit di seluruh Asia, perbezaan jantina perlu menjadi keutamaan korporat,” kata, pengarang laporan itu Claudia Sussmuth-Dyckerhoff. - AFP

Sumber:  Berita Harian 2012

Thursday 21 June 2012

PANDUAN AM TEMUDUGA



Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga




 Antara Faktor-Faktor Yang Di Nilai Semasa Temuduga




Sumber: Panduan Am dan Faktor daripada Laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

Wednesday 20 June 2012

21 TEKNIK MOTIVASI DIRI

KITA sering kali tertanya-tanya apakah rahsia mereka yang selalu berjaya memotivasikan diri biarpun ketika menghadapi kegagalan.
Tidak pernah mendengar keluhan atau sikap berputus asa, sebaliknya terus bertenaga untuk memacu kejayaan.

Apakah yang menjadi pegangan hidup mereka hingga mampu bangkit melawan arus, sekali gus memulakan kembali langkah yang tersungkur dulu?

Mengikut penceramah motivasi dan fasilitator profesional, Taidin Suhaimin, ada 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri tatkala perasaan lemah, tidak berdaya atau putus asa melanda diri iaitu:



  • Baca buku motivasi terutama biografi orang-orang yang berjaya.
  • Tulis artikel motivasi.
  • Dirikan sembahyang khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk daripada Allah.
  • Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
  • Cipta satu ritual misalnya ‘jika orang lain boleh, saya pun pasti boleh.’
  • Dengar lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi.
  • Bermain muzik kegemaran sekiranya pandai bermain alat muzik.
  • Tatap gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru.
  • Meditasi.
  • Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga kerana kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  • Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
  • Bertekad untuk menyiap–kan semua kerja tertunggak atau menyelesaikan masalah dihadapi dengan penuh kesungguhan hingga selesai.
  • Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  • Susun atur pejabat, rumah, kelas, fail dan sebagainya.
  • Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  • Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  • Keluar makan dengan keluarga atau dengan kawan-kawan rapat.
  • Pergi beriadah, bersiar-siar bersama ahli keluarga.
  • Ikuti seminar motivasi.
  • Adakan kenduri doa selamat.
  • Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.


  • Sumber: Oleh Ruhaiza Rusmin (myMetro)


    *Diharap teknik motivasi diri ini dapat membantu untuk menjadikan diri kita lebih positif menghadapi sebarang cabaran atau dugaan dalam menjalani kehidupan ini tanpa rasa keluh kesah kerana yakinlah di satu saat sekiranya tiada sesiapa di samping kita, tapi jangan pernah sesekali lupa bahawa Allah SWT sentiasa bersama kita...kita memohon, berharap, bergantung, berserah.. hanya kepadaNya. Allah SWT,  Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hambaNYa. Selamat Berjuang Menggapai Impian Anda!!

    Tips Untuk Memilih Kursus Yang Sesuai

    MEMILIH kursus bagi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi satu keputusan paling penting yang anda perlu lakukan. Keputusan anda merangkumi kolej yang anda bakal pilih. Ia turut memberi kesan kepada bagaimana suasana dan proses pembelajaran anda, keputusan yang akan anda peroleh dan juga kerjaya anda pada masa depan.
    Berikut adalah 10 tip bagi membantu anda membuat keputusan yang tepat.

    KENALI DIRI ANDA
    Tentukan kekuatan, kemahiran, minat dan personaliti anda. Anda pasti mahu memilih kursus yang membawa kepada kerjaya masa depan yang bersesuaian dengan sifat anda iaitu kebolehan, bakat, keperluan, nilai, minat dan gaya hidup yang anda impikan.

    SENARAIKAN MISI PERIBADI

    Senaraikan apa yang anda mahukan, apa yang anda mahu capai dan prinsip yang membimbing anda dalam hidup.



    KENAL PASTI KEKUATAN ANDA

    Lihat rekod sekolah anda. Kenal pasti mata pelajaran yang anda berjaya mencapai keputusan cemerlang dan sebaliknya. Ini akan menjadi penentu keputusan anda mengenai kebolehan semula jadi anda sama ada lebih cenderung kepada bidang seni, bahasa, mekanikal, matematik, berkenaan ruang atau bidang lain.


    PERHATIKAN BAGAIMANA ANDA BERSOSIAL

    Lihat cara anda memenuhkan masa terluang melalui hobi, aktiviti sosial mahupun peribadi. Dari situ, anda dapat menilai sendiri minat, kemampuan dan nilai murni yang ada dalam diri anda.


    KUIZ PERSONALITI

    Kajian baru-baru ini menunjukkan padanan yang tepat di antara personaliti dan jenis kursus yang dipilih memberi kesan terhadap kejayaan di kolej. Secara amnya, padanan baik yang diperoleh akan melahirkan pelajar berkualiti.

    Mereka yang memilih bekerja di persekitaran yang sama dengan jenis personaliti mereka juga lebih cenderung berjaya dan mencapai kepuasan dalam kerjaya. Jalani kuiz, ujian atau inventori yang menentukan keperibadian anda.



    MELAWAT PERSEKITARAN

    Kaji mengenai persekitaran untuk setiap kursus yang menarik minat anda. Lawati jabatan yang menawarkan kursus itu. Adakah pelajar, pensyarah dan teknik pengajaran mampu menarik minat anda? Adakah mereka berkongsi minat, nilai, pengetahuan dan prospek yang sama dengan anda?


    KONGSI PANDANGAN DENGAN SENIOR

    Kongsi pandangan atau peroleh maklumat daripada pelajar senior yang telah mengambil mata pelajaran dan juga yang telah bekerja dalam profesion berkaitan dengan kursus yang anda minati. Kaji apa yang mereka suka? Adakah mereka serasi dengan anda? Apakah persekitaran kerja dan budaya kerja sebenar?


    TEMUI DAN AMBIL PELUANG BERBUAL DENGAN KAUNSELOR

    Satu idea yang baik jika anda dapat bercakap dengan Kaunselor Akademik di kolej pilihan anda mengenai kesesuaian kursus dan kecenderungan minat anda. Kemukakan soalan mengenai kursus yang bersesuaian dengan anda atau ujian personaliti yang kolej mungkin tawarkan.


    PERTIMBANGKAN SEMUA ALTERNATIF ANDA

    Dapatkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh mengenai semua pilihan anda.
    Sebaik sahaja anda telah menyenarai pendek pilihan anda, pertimbangkan semula setiap kebaikan dan keburukan yang terdapat pada semua senarai terkini anda itu.


    BUAT KEPUTUSAN

    Pertimbangkan senarai akhir anda dengan berhati-hati. Buat keputusan yang tepat dan ja-ngan memberi tekanan kepada diri anda dalam membuat pilihan kerana terpaksa mengambil kira pelbagai sudut misalnya kerana semua rakan anda me-ngambil kursus berkenaan.

    Perbelanjaan akan meningkat kerana anda mengulangi semester, menukar kursus di pertengahan pengajian atau tidak lulus. Apatah lagi anda akan jauh ketinggalan beberapa tahun kebelakang dalam memperoleh pendapatan lumayan kerana lambat menamatkan pengajian.


    Selepas tamat pengajian, kursus yang anda pilih menjejaskan kestabilan dan kepuasan dalam pekerjaan serta prospek kerjaya dan beberapa ganjaran lain.

    Pilih dengan bijak dan anda berhak mencapai kepuasan dengan memperoleh ganjaran daripada dunia kolej dan kerjaya pilihan anda. 


                                                                                                                                    Sumber: myMetro

    Succeed with a Positive Attitude




    motivational career video ~ for you to have a better career



    Sunday 29 April 2012

    PANDUAN MEMILIH KERJAYA MENURUT TEORI HOLLAND

    TEORI KERJAYA HOLLAND  


    1. REALISTIK - ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
                                 
      1. CIRI-CIRI
      2. Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

      3. SUKA
      4. Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

      5. TIDAK SUKA
      6. Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

      7. ORIENTASI
      8. Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

      9. PEKERJAAN
      10. Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.

      11. BIDANG PENGAJIAN
      12. Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.

      13. PERSEKITARAN AKADEMIK
    Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
    Ganjaran bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
    Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.
     2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
      1. CIRI-CIRI
      2. Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.

      3. SUKA
      4. Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.

      5. TIDAK SUKA
      6. Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.

      7. ORIENTASI
      8. Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

      9. PEKERJAAN
      10. Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.

      11. BIDANG PENGAJIAN
      12. Perubatan, Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer, psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan sains Geoinformasi.

      13. PERSEKITARAN AKADEMIK
    Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
    Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.

    3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)

                a)     CIRI-CIRI
    Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
      1. SUKA
      2. Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu kemanusiaan, kerja bersendirian.

      3. TIDAK SUKA
      4. Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.

      5. ORIENTASI
      6. Berkarya, mencipta idea.

      7. PEKERJAAN
      8. Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, wartawan.

      9. BIDANG PENGAJIAN
      10. Kesenian (seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.

      11. PERSEKITARAN AKADEMIK
    Memupuk kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.

    4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)

                      
            a)     CIRI-CIRI
    Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.
      1. SUKA
      2. Perhatian, berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.

      3. TIDAK SUKA
      4. Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.

      5. ORIENTASI
      6. Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.

      7. PEKERJAAN
      8. Pensyarah, guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal, diplomat, ahli sosiologi.

      9. BIDANG PENGAJIAN
      10. Sosial, pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.

      11. PERSEKITARAN AKADEMIK
    Memupuk kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.
     5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)

            a)     CIRI-CIRI
    Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.
      1. SUKA
      2. Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.

      3. TIDAK SUKA
      4. Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.

      5. ORIENTASI
      6. Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.

      7. PEKERJAAN
      8. Pegawai pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.

      9. BIDANG PENGAJIAN
      10. Pengurusan dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan, penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.

      11. PERSEKITARAN AKADEMIK
    Memupuk kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan stereotaip.
     6.    KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK 
    ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI
           PEJABAT)
            a) CIRI-CIRI
    Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
      1. SUKA
      2. Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem fail.

      3. TIDAK SUKA
      4. Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.

      5. ORIENTASI
      6. Manipulasi data dan sistematik.

      7. PEKERJAAN
      8. Akauntan, operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani kaunter, guru perdagangan.

      9. BIDANG PENGAJIAN
      10. Teknologi maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan, perniagaan.

      11. PERSEKITARAN AKADEMIK
      12. Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.

    Wednesday 25 April 2012

    INFO TERKINI

    Bahagian Kemasukan Pelajar (Kementerian Pengajian Tinggi)




    Untuk semakan pelajar-pelajar lepasan SPM....

    1. Semakan Temuduga Lepasan SPM/Setaraf (IPTA)
    2. Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik

    Makluman Penting Untuk Pelajar Lepasan SPM

    Pelajar-pelajar boleh menyemak beberapa link di bawah berkaitan dengan kemasukan tingkatan enam, matrikulasi dan PISMP (Kementerian Pelajaran Malaysia)

    1. Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012
    2. SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013
    3. Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) bagi lulusan UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) dan lulusan SIJIL MENENGAH AGAMA(SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA(SMU) Ambilan Jun 2012

    Keperluan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya

    Keperluan dan peranan perkhidmatan terhadap bimbingan dan kaunseling kerjaya, terutamanya, di sekolah mendapat sambutan yang baik. Melalui perkhidmatan ini, pelajar-pelajar akan di bantu dalam membina kemahiran-kemahiran untuk membuat keputusan, mengumpul, memilih dang mengaplikasikan sebanyak mungkin maklumat bagi membolehkan mereka membuat pemilihan yang lebih teliti bersesuaian dengan diri mereka.

    Contohnya, di sekolah, kaunselor memainkan peranan yang sangat penting dalam bimbingan kerjaya ini. Berikut merupakan peranan dan fungsi bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah:

    • Kesedaran diri - Pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya sendiri, kehendak atau keinginan dalam hidupnya, kekuatan, kegemaran, minat atau kebencian peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar untuk membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan  membantunya membuat keputusan kerjaya seumur hidupnya supaya lebih berkesan dan bermanfaat.
    • Kesedaran ekonomi - Pelajar diharapkan supaya lebih jelas dan faham akan perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya hidup dan juga pekerjaan. Ini penting supaya pelajar menyedari atau mengerti bahawa hidup memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan merupakan antara salah satu usaha yang dapat memenuhi dan mengisi keperluan hidup tersebut. 
    • Kesedaran pendidikan - Pelajar diharapkan dapat mengenali kepentingan asas kemahiran perkembangan dan penguasaan kandungan pengetahuan untuk mencapai sesuatu matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap pendidikan yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk membolehkan mereka melaknsanakan pekerjaan dengan baik.
    • Kesedaran kerjaya - Pelajar diharapkan dapat mengerti dan memahami bahawa perkembangan kerjaya termasuk dalam kemajuan pendidikan, pengalaman kerja, kefahaman terhadap pelbagai jenis pekerjaan dan kaitannya dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-peringkat tertentu. 
    • Sikap dan apresiasi - Pelajar dapat membentuk satu sistem nilai dalaman yang menyertakan sama penilaiannya terhadap kerjaya peribadi dan juga peranannya sebagaimana sebagaimana anggapan dan pemikiran orang lain. Apresiasi terhadap peranan kerjaya peribadi seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif dan mampu memberi prestasi yang memuaskan bukan sahaja dalam kerjayanya malah juga kehidupan bermasyarakatnya. 
    • Pengambilan keputusan - Selepas pelajar di bekalkan dengan pelbagai input/maklumat lengkap berkaitan setiap prospek keperluan kerjaya, maka, ini akan memudahkan mereka membuat penilaian dan keputusan yang lebih tepat dan dapat memuaskan hati selaras dengan kehendak diri mereka. 
    • Permulaan bagi kemampuan - Sekiranya murid-murid semenjak peringkat awal di asuh bagaimana mengambil dan membuat keputusan dengan berkesan, ini bermakna, mereka telah dididik untuk membina asas kemahiran kognitif yang mengandungi langkah mengenalpasti tujuan tugas-tugas mereka, garis panduan tatacara, operasi yang memerlukan persembahan mutu, serta menilai segala keputusan yang di buat. Ini semua merupakan tunas kemampuan yang mula bercambah dan hidup segar menjadi satu kemampuan yang lebih besar jika terus diasuh dan dipupuk (Ryan, 1978)
     Sumber rujukan : Kaunseling Kerjaya (Teori dan Amalan) oleh Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin

    Tuesday 24 April 2012

    8 Tips Interview


    Antara tips temuduga yang kami boleh kongsikan bersama anda untuk panduan bersama.

    Monday 16 April 2012

    Pemilihan Kerjaya

    Pelbagai masalah yang biasa di hadapi oleh para remaja khususnya dalam menentukan kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. Mungkin pelbagai perkara atau isu yang timbul di fikiran sama ada dari aspek cabaran kerja, gaji yang di tawarkan, minat, kelayakan, kebolehan dan sebagainya. Rajah di bawah merupakan antara masalah utama yang sering berlaku di kalangan remaja terhadap pemilihan kerjaya.


    Seterusnya mari kita kenalpasti empat konsep pemilihan kerjaya yang boleh di jadikan panduan untuk kita lebih fokus dan bermatlamat mengenai kerjaya yang bakal di pilih.

    Akhir sekali, mari kita mengenalpasti apakah antara strategi pemilihan kerjaya yang boleh di aplikasikan untuk membantu kita mencapai kerjaya yang bersesuaian dengan diri.


    Dalam membantu individu yang mengalami masalah-masalah berkaitan kerjaya,  bidang kaunseling kerjaya
    di harapkan dapat membantu masyarakat secara umumnya untuk lebih mengenal potensi diri, membuka minda mengenai prospek kerjaya terkini, serta meneroka kepelbagaian kerjaya yang ditawarkan.

    Senarai IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia(Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi)

    Berikut merupakan sebahagian IPTS yang dapat kami senaraikan sebagai panduan untuk anda..Untuk maklumat lanjut mengenai IPTS berkaitan sila masuk ke web dengan menaip nama ipts yang berkaitan. Di sini kami senaraikan beberapa link ipts yang boleh anda lawati..


    MAHSA
    Universiti Teknologi Petronas
    UCSI
    Masterskill
    German-Malaysia Institute
    UNITEN 
    UniKL
    ALAM 
    Klik untuk dapatkan imej yang lebih jelas. 

    Selain daripada itu, anda juga boleh melanjutkan pengajian berasaskan kemahiran seperti di politeknik dan juga kolej komuniti. 

    Anda boleh klik untuk terus ke link politeknik dan kolej komuniti.
    Politeknik  
    Kolej komuniti

    Senarai IPTA di Malaysia

    Kami mendapatkan laman web semua IPTA di Malaysia melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi sebagai panduan anda.

    Universiti Penyelidikan



    Universiti Komprhensif


    Universiti Berfokus



    Wednesday 11 April 2012

    Peluang Pelajar Teknikal Dapat Ijazah


    Kami berkongsi sedikit informasi di mana kerajaan sedang berbincang mengenai usahasama bagi membuka saluran baru kepada pelajar teknikal memperoleh ijazah dalam usaha memenuhi permintaan industri untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi menjelang status negara maju pada 2020. 
    Sila klik pada imej untuk pembacaan yang lebih jelas.

    Tips Kerjaya Untuk Anda

    Tip Kerjaya: Pupuk sikap tegas dalam diri

    Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
    mohdyma@gmail.com
    2012/03/29

    KETIKA belajar di universiti adalah waktu yang sesuai untuk melatih dan memupuk diri anda menjadi individu yang tegas. Anda boleh bertegas dengan rakan jika dia tidak dapat menepati masa temu janji.

    Misalnya, rakan anda ingin menumpang kenderaan anda ke kuliah. Jika gagal menepati masa yang dijanjikan, anda tinggalkan saja rakan itu dan pergilah ke kuliah. Dengan cara ini, rakan anda itu memahami dan mempelajari bahawa anda seorang yang tegas dalam menepati janji. Jika ingin menumpang pada masa lain, dia sudah faham akan ketegasan anda.

    Dalam situasi lain, katakanlah anda mengetuai satu tugasan akademik dan telah membahagikan tugas dengan rakan kumpulan. Jika ada rakan yang tidak menjalankan tugasnya, maka laporkan kepada pensyarah dan gugurkan namanya daripada kumpulan itu. Bukan bertujuan menimbulkan konflik dengan rakan sebaliknya menunjukkan dalam setiap tugas atau kerja perlu ada ketegasan demi kebaikan kumpulan. Ketegasan anda membuat rakan kumpulan menghormati sikap positif anda itu.

    Sikap tegas amat perlu apabila anda bekerja kelak. Sebagai eksekutif atau pegawai, anda harus bertegas dengan staf dalam urusan kerja. Jika tiada ketegasan, anda sebagai eksekutif atau pegawai kurang dihormati oleh mereka. Tambahan pula, anda adalah eksekutif atau pegawai yang baru bertugas. Ketegasan akan menyebabkan staf mengikut arahan kerja seterusnya menyiapkan kerja itu dan dalam masa yang sama menghormati anda.

    Kebanyakan orang cenderung menunjukkan dan meluahkan perasaan dan kehendak mereka secara tidak langsung kerana bimbang staf berasa tersinggung dan mungkin akan menimbulkan konflik. Malah ramai menganggap sikap bertegas berkait dengan sikap suka mengarah.

    Sikap tegas adalah satu kemampuan menjadi bijaksana dalam mencapai apa yang anda mahu. Ia berkaitan dengan cara untuk berhadapan dengan keadaan sukar tanpa mengecewakan orang lain.

    Apabila ada sikap tegas, anda boleh berbincang mengenai perubahan organisasi secara munasabah dengan meluahkannya secara terus apa yang anda fikirkan atau mahukan. Melalui sikap ini anda boleh menyelesaikan masalah interpersonal seseorang dan meningkatkan kejujuran di tempat kerja anda.

    Berikut adalah tanda yang menunjukkan sikap tegas anda di tempat kerja seperti dipetik dari New Straits Times (21 November 2008).

    1. Memahami keperluan. Anda perlu tahu apa yang dikehendaki daripada seseorang staf. Anda perlu jelas, spesifik dan mudah apabila memohon bantuan atau mewakilkan kerja anda kepada staf.

    2. Menggalakkan perbincangan. Anda harus menggalakkan staf berbincang dan menanyakan soalan dengan anda. Anda mesti bertegas dengan bertanyakan soalan kepada mereka. Sebagai contoh "Apakah soalan anda mengenai topik yang telah kita bincangkan tadi?" berbanding menanyakan soalan seperti ini, "Adakah anda mempunyai apa-apa soalan?"

    3. Membantu menyelesai masalah. Apabila seseorang staf menjadi emosional, panggil dan bawa berbincang serta tanyakan apa yang sedang berlaku. Mungkin staf itu sedang tertekan akibat bebanan kerja atau mempunyai masalah peribadi. Cuba beri bantuan atau bimbingan kepadanya serta berikan masa untuknya menyuarakan atau membincangkan masalah yang dihadapi.

    4. Mengkaji tanggungjawab staf. Jika ada staf menyoal anda dalam cara yang negatif, cuba bertenang dan hadapi ketidakpuasan hatinya dengan fikiran yang waras. Jika ada staf mengancam anda, bawalah berbincang dengan cara mengkaji semula tanggungjawab dan keutamaannya, seperti yang sepatutnya.

    Bertegaslah dan bersikap terus terang, dan yang penting ialah anda mesti berfikiran logik. Jika staf itu berdegil dan tidak mahu untuk melaksanakan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan, anda perlu dapatkan pembabitan pihak lain dengan mengenakan tindakan disiplin seperti yang diperuntukkan dalam polisi organisasi.

    5. Memberi dorongan. Sebagai eksekutif atau pegawai, anda perlu kekalkan objektif dalam fikiran pada setiap masa dan tahu akan keutamaan anda sendiri. Ada kalanya anda perlu mendorong orang lain untuk mendapatkan yang terbaik daripada mereka. Anda perlu sentiasa bersedia memberi dorongan dan mencabar mereka. Menariknya, anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui apa yang dikatakan itu telah mendorong dan memotivasikan staf untuk lebih maju.

    6. Membina keyakinan diri. Anda harus memberi keyakinan kepada staf untuk meyakini diri mereka, sebagai tanda anda mempercayai mereka. Bantu mereka untuk membina keyakinan diri dan beri ganjaran atau ucapan tahniah sebagai tanda penghargaan kepada staf yang telah melaksanakan kerja yang baik dan berkualiti.

    Bagaimanapun, anda boleh memutuskan cara atau alternatif yang bagaimana untuk menjadi seorang yang tegas di tempat kerja. Sehubungan itu, latihlah diri anda untuk menjadi individu yang tegas khususnya dengan rakan ketika sedang belajar di kampus.

    Penulis ialah Profesor Madya dan Timbalan Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
    Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd.

    Thursday 22 March 2012

    Pilihan Kerjaya


    Wow banyaknya pilihan!! Mana satu saya nak pilih nie....jom kita explore bidang-bidang ini..

    Pelbagai jenis bidang kerjaya terbuka luas untuk anda. 
    _________________________________________
     Bidang perubatan dan kesihatan - Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan, kesihatan, dan
     mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat.

    Kerjaya Pilihan - Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar), Doktor Haiwan, Pegawai pergigian,  Pegawai farmasi, juruoptik, optometris, juru x-ray, Pegawai kesihatan persekitaran , Pegawai pemulihan perubatan (Pendengaran/Pertuturan/Carakerja/Anggota) , Pegawai veterinar, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu makmal/pembantu perubatan, Juru radiologi, Juru terapi dll.

    _____________________________________


    Bidang kewangan/perniagaan/hartanah - Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai.


    Kerjaya Pilihan -  Pentadbiran dan pengurus bank, Perancang dan pengurus kewangan, Pengurus dan agen insurans, Eksekutif jualan dan pemasaran, Pengurus pengiklanan, Eksekutif akaun, Akauntan/juruaudit, Aktuari, Pegawai bank, Pemerosesan data, Penganalisis data dll.
    _____________________________________

    Bidang penulisan dan komunikasi - 
    Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni.

    Kerjaya Pilihan -  Wartawan, Editor, Jurubahasa, Penterjemah, Penerbit rancangan radio/televisyen, Pengacara radio/televisyen, Penulis skrip, Perunding komunikasi, Juruhebah radio dll. 
    ____________________________________
     
    Perkeranian dan Pentadbiran - Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat.

    Pilihan Kerjaya -  Pengurus perjawatan,Pegawai tadbir diplomatik, Pegawai sumber manusia, Pegawai tadbir, Pembantu undang undang, Kerani, Setiausaha dll.
    ____________________________________


    Seni Reka dan Kreativiti - Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif.

    Kerjaya Pilihan - Pelukis, Pelukis grafik/batik, Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya,
    Pereka bentuk dalaman,  Jurugambar, Juru solek dll.
    ___________________________________

    Teknikal - Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain.

    Kerjaya Pilihan - Arkitek, Perancang Bandar dan Wilayah, Juruteknik, Juruukur, Mekanik, Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain), Pakar runding pelbagai bidang teknikal, dll
    ___________________________________

    Keusahawanan - Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan.

    Kerjaya Pilihan -  Perniagaan runcit, Perusahaan Kilan, Pemborong, Kontraktor, Pengusaha hotel, Perusahaan bengkel, Perusahaan butik, Pengusaha restoran dll.
    __________________________________

    Perkhidmatan/Sosial - Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai.

    Kerjaya Pilihan - Pensyarah/guru pelbagai bidang, Pustakawan, Pegawai Perhubungan Awam, Peguam/pendakwaraya/hakim, Polis/askar, Pegawai antidadah, Pegawai belia dan sukan, Pegawai hal ehwal islam, Pemandu pelancong, Kaunselor, Pegawai syariah, psikologi, Pegawai pembangunan masyarakat, Pramugari/pramugara, Tukang masak profesional, Tentera laut, Tentera darat, Tentera udara, Leftenan maritime, Pegawai kesatria dll. 
    ___________________________________

    Bidang Sains dan teknologi – Bagi yang suka kepada penyelidikan, sains, teknologi dan berkaitan dengan masyarakat.


    Kerjaya Pilihan - Saintis, Ahli Biologi/Kimia, Pegawai dietetik, Pegawai galian, Pegawai hidupan liar, Pegawai penyeledik, Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi), Pegawai Kawalan alam sekitar, Pegawai kawalan trafik udara, Pegawai kimia bumi, Pegawai meteorologi, Pegawai perancang bandar dan desa, Pegawai perikanan, Pegawai sains, Pegawai pertanian, Pegawai teknologi makanan, Pegawai teknologi maklumat, Pemeriksa kapal terbang, Jurutera Sistem, Ahli statistik, Ahli forensik,Pakar nuklear dll.
    _____________________________________

    Jadi pilihan hanya di depan mata, tanya diri anda dan anda ada jawapannya..selamat membuat pilihan!!

    Perancangan Kerjaya


    Mula merancang perjalanan kerjaya anda dan bersedia dengan perkara-perkara yang mungkin di luar kawalan dan jangkaan kita.

    Langkah Menuju Pilihan

    Kanak-kanak sudah mula membina impian mereka mengenai impian dan cita-cita mereka. Sesetengahnya terpengaruh dengan model terdekat mereka seperti ingin menjadi seperti ibu atau bapanya atau mungkin juga idola mereka. Walaubagaimanapun secara perlahan-lahan apabila semakin meningkat dewasa, cita-cita mungkin berubah setelah mereka mula di dedahkan dengan pelbagai kerjaya yang ada dalam dunia pekerjaan masa kini. Sebahagiannya telah di pupuk minatnya, didik dan dibentuk oleh ibubapa untuk mendalami bidang-bidang tertentu manakala sebahagiannya pula di beri kebebasan menentukan pilihan kerjaya masing-masing. 

    Semua orang menginginkan masa depan yang cerah, membina satu kehidupan yang bermakna bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan kita juga mungkin berimpian untuk menjadi orang yang signifikan dalam masyarakat dan juga negara. Sebelum impian boleh di capai, ada saatnya kita keliru dan seperti tercari-cari jalan mana yang sesuai, pilihan mana yang tepat untuk diri kita kerana kadangkala cita-cita kita jauh daripada pencapaian dan kemampuan kita. 

    Jadi untuk mengelakkan kita di belenggu masalah yang tak sudah, sewajarnya kita mendapatkan pandangan daripada pakar yang boleh membimbing kita mencari arah yang betul. Kita perlu dapatkan maklumat mengenai minat, pencapaian, bakat dan segalanya tentang diri kita untuk mengetahui kemampuan dan keupayaan sebenar kita. Dengan ini, lebih memudahkan kita untuk membuat pilihan tepat pada masa akan datang. Kita juga perlu lebih realistik dalam menentukan masa depan kita supaya impian tidak tinggal impian. Walau apa pun pilihan kerjaya kita yang pasti setiap satunya ada sumbangan tertentu dalam masyarakat mahupun negara. Jadi kita perlu fokus kepada kelebihan kita, berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran, mengumpul maklumat kerjaya masa kini, teroka potensi diri, membina alternatif dan buat pilihan yang tepat sesuai dengan diri kita.

    Perjalanan hidup tidak lurus sepanjang masa dan sentiasa dapat apa yang diinginkan. Bagi mereka yang telah berjaya dalam kariernya, mungkin mereka telah melalui lebih awal beribu macam dugaan dan cabaran yang membolehkan mereka berdiri teguh pada hari ini. Disebabkan kita semua individu yang nyata berbeza sudah tentulah langkah, pilihannya dan dugaannya turut berbeza. Liku-liku perlu di lalui sebelum sampai ke destinasi sebenar, tetapi jangan pernah berputus asa, menyerah kalah, kecewa atau menyesal seandainya pilihan telah di buat. Teruskan mengorak langkah kerana siapa tahu semakin sukar perjalanan itu sebenarnya kita semakin hampir untuk mengapai kejayaan yang diimpikan. Ambil langkah pertama dan terus maju bergerak kehadapan. Yang pasti kejayaan kita bergantung pada diri sendiri, sesuai dengan usaha dan kesediaan kita untuk berkorban. Yang paling penting, jangan pernah sesekali melupakan Pencipta kita yang telah mengurniakan sejuta nikmat kepada hambaNya, yakin Dia sentiasa bersama kita dan berserah kepadaNya. Perlu di ingat sekiranya suatu hari nanti kita berjaya seperti yang diimpikan ianya adalah kerana Allah SWT mengizinkannya. Jadi dalam menjalani kehidupan kita, sentiasalah mengingatiNya dan bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya tak kira senang atau susah, sedih atau gembira, dan sakit atau sihat.

    Bekerjalah dengan penuh amanah dan tanggungjawab!!

    Wednesday 21 March 2012

    Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM




    Rajah di atas merupakan laluan atau hala tuju bagi pelajar-pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran  untuk masa depan mereka dalam usaha membina kerjaya masing-masing.
    Pilihan di tangan anda....

    Tuesday 13 March 2012

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

    Selamat datang ke blog kerjaya kami...4ur-career.blogspot.com dengan tema yang di pilih YourCareerPoint & Career Pathway. Di sini kami akan berkongsi pelbagai tips pemilihan kerjaya, jenis kerjaya pilihan, peluang kerjaya, ujian kerjaya secara online dan sebagainya...

    Bagi yang masih belum menemui kerjaya yang bersesuaian mungkin boleh  melawat blog ini sambil berkongsi maklumat dengan kami...

    Sebarang cadangan untuk penambahbaikan blog ini sangat di alu-alukan...Mari Ikut Kami Bersama-sama Mengejar Kerjaya Impian!!