Wednesday, 25 April 2012

Keperluan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya

Keperluan dan peranan perkhidmatan terhadap bimbingan dan kaunseling kerjaya, terutamanya, di sekolah mendapat sambutan yang baik. Melalui perkhidmatan ini, pelajar-pelajar akan di bantu dalam membina kemahiran-kemahiran untuk membuat keputusan, mengumpul, memilih dang mengaplikasikan sebanyak mungkin maklumat bagi membolehkan mereka membuat pemilihan yang lebih teliti bersesuaian dengan diri mereka.

Contohnya, di sekolah, kaunselor memainkan peranan yang sangat penting dalam bimbingan kerjaya ini. Berikut merupakan peranan dan fungsi bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah:

  • Kesedaran diri - Pelajar perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya sendiri, kehendak atau keinginan dalam hidupnya, kekuatan, kegemaran, minat atau kebencian peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar untuk membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan  membantunya membuat keputusan kerjaya seumur hidupnya supaya lebih berkesan dan bermanfaat.
  • Kesedaran ekonomi - Pelajar diharapkan supaya lebih jelas dan faham akan perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya hidup dan juga pekerjaan. Ini penting supaya pelajar menyedari atau mengerti bahawa hidup memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan merupakan antara salah satu usaha yang dapat memenuhi dan mengisi keperluan hidup tersebut. 
  • Kesedaran pendidikan - Pelajar diharapkan dapat mengenali kepentingan asas kemahiran perkembangan dan penguasaan kandungan pengetahuan untuk mencapai sesuatu matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap pendidikan yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk membolehkan mereka melaknsanakan pekerjaan dengan baik.
  • Kesedaran kerjaya - Pelajar diharapkan dapat mengerti dan memahami bahawa perkembangan kerjaya termasuk dalam kemajuan pendidikan, pengalaman kerja, kefahaman terhadap pelbagai jenis pekerjaan dan kaitannya dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-peringkat tertentu. 
  • Sikap dan apresiasi - Pelajar dapat membentuk satu sistem nilai dalaman yang menyertakan sama penilaiannya terhadap kerjaya peribadi dan juga peranannya sebagaimana sebagaimana anggapan dan pemikiran orang lain. Apresiasi terhadap peranan kerjaya peribadi seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif dan mampu memberi prestasi yang memuaskan bukan sahaja dalam kerjayanya malah juga kehidupan bermasyarakatnya. 
  • Pengambilan keputusan - Selepas pelajar di bekalkan dengan pelbagai input/maklumat lengkap berkaitan setiap prospek keperluan kerjaya, maka, ini akan memudahkan mereka membuat penilaian dan keputusan yang lebih tepat dan dapat memuaskan hati selaras dengan kehendak diri mereka. 
  • Permulaan bagi kemampuan - Sekiranya murid-murid semenjak peringkat awal di asuh bagaimana mengambil dan membuat keputusan dengan berkesan, ini bermakna, mereka telah dididik untuk membina asas kemahiran kognitif yang mengandungi langkah mengenalpasti tujuan tugas-tugas mereka, garis panduan tatacara, operasi yang memerlukan persembahan mutu, serta menilai segala keputusan yang di buat. Ini semua merupakan tunas kemampuan yang mula bercambah dan hidup segar menjadi satu kemampuan yang lebih besar jika terus diasuh dan dipupuk (Ryan, 1978)
 Sumber rujukan : Kaunseling Kerjaya (Teori dan Amalan) oleh Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd Tamin

Tuesday, 24 April 2012

8 Tips Interview


Antara tips temuduga yang kami boleh kongsikan bersama anda untuk panduan bersama.

Monday, 16 April 2012

Pemilihan Kerjaya

Pelbagai masalah yang biasa di hadapi oleh para remaja khususnya dalam menentukan kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. Mungkin pelbagai perkara atau isu yang timbul di fikiran sama ada dari aspek cabaran kerja, gaji yang di tawarkan, minat, kelayakan, kebolehan dan sebagainya. Rajah di bawah merupakan antara masalah utama yang sering berlaku di kalangan remaja terhadap pemilihan kerjaya.


Seterusnya mari kita kenalpasti empat konsep pemilihan kerjaya yang boleh di jadikan panduan untuk kita lebih fokus dan bermatlamat mengenai kerjaya yang bakal di pilih.

Akhir sekali, mari kita mengenalpasti apakah antara strategi pemilihan kerjaya yang boleh di aplikasikan untuk membantu kita mencapai kerjaya yang bersesuaian dengan diri.


Dalam membantu individu yang mengalami masalah-masalah berkaitan kerjaya,  bidang kaunseling kerjaya
di harapkan dapat membantu masyarakat secara umumnya untuk lebih mengenal potensi diri, membuka minda mengenai prospek kerjaya terkini, serta meneroka kepelbagaian kerjaya yang ditawarkan.

Senarai IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia(Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi)

Berikut merupakan sebahagian IPTS yang dapat kami senaraikan sebagai panduan untuk anda..Untuk maklumat lanjut mengenai IPTS berkaitan sila masuk ke web dengan menaip nama ipts yang berkaitan. Di sini kami senaraikan beberapa link ipts yang boleh anda lawati..


MAHSA
Universiti Teknologi Petronas
UCSI
Masterskill
German-Malaysia Institute
UNITEN 
UniKL
ALAM 
Klik untuk dapatkan imej yang lebih jelas. 

Selain daripada itu, anda juga boleh melanjutkan pengajian berasaskan kemahiran seperti di politeknik dan juga kolej komuniti. 

Anda boleh klik untuk terus ke link politeknik dan kolej komuniti.
Politeknik  
Kolej komuniti

Senarai IPTA di Malaysia

Kami mendapatkan laman web semua IPTA di Malaysia melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi sebagai panduan anda.

Universiti Penyelidikan



Universiti Komprhensif


Universiti Berfokus



Wednesday, 11 April 2012

Peluang Pelajar Teknikal Dapat Ijazah


Kami berkongsi sedikit informasi di mana kerajaan sedang berbincang mengenai usahasama bagi membuka saluran baru kepada pelajar teknikal memperoleh ijazah dalam usaha memenuhi permintaan industri untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi menjelang status negara maju pada 2020. 
Sila klik pada imej untuk pembacaan yang lebih jelas.

Tips Kerjaya Untuk Anda

Tip Kerjaya: Pupuk sikap tegas dalam diri

Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
mohdyma@gmail.com
2012/03/29

KETIKA belajar di universiti adalah waktu yang sesuai untuk melatih dan memupuk diri anda menjadi individu yang tegas. Anda boleh bertegas dengan rakan jika dia tidak dapat menepati masa temu janji.

Misalnya, rakan anda ingin menumpang kenderaan anda ke kuliah. Jika gagal menepati masa yang dijanjikan, anda tinggalkan saja rakan itu dan pergilah ke kuliah. Dengan cara ini, rakan anda itu memahami dan mempelajari bahawa anda seorang yang tegas dalam menepati janji. Jika ingin menumpang pada masa lain, dia sudah faham akan ketegasan anda.

Dalam situasi lain, katakanlah anda mengetuai satu tugasan akademik dan telah membahagikan tugas dengan rakan kumpulan. Jika ada rakan yang tidak menjalankan tugasnya, maka laporkan kepada pensyarah dan gugurkan namanya daripada kumpulan itu. Bukan bertujuan menimbulkan konflik dengan rakan sebaliknya menunjukkan dalam setiap tugas atau kerja perlu ada ketegasan demi kebaikan kumpulan. Ketegasan anda membuat rakan kumpulan menghormati sikap positif anda itu.

Sikap tegas amat perlu apabila anda bekerja kelak. Sebagai eksekutif atau pegawai, anda harus bertegas dengan staf dalam urusan kerja. Jika tiada ketegasan, anda sebagai eksekutif atau pegawai kurang dihormati oleh mereka. Tambahan pula, anda adalah eksekutif atau pegawai yang baru bertugas. Ketegasan akan menyebabkan staf mengikut arahan kerja seterusnya menyiapkan kerja itu dan dalam masa yang sama menghormati anda.

Kebanyakan orang cenderung menunjukkan dan meluahkan perasaan dan kehendak mereka secara tidak langsung kerana bimbang staf berasa tersinggung dan mungkin akan menimbulkan konflik. Malah ramai menganggap sikap bertegas berkait dengan sikap suka mengarah.

Sikap tegas adalah satu kemampuan menjadi bijaksana dalam mencapai apa yang anda mahu. Ia berkaitan dengan cara untuk berhadapan dengan keadaan sukar tanpa mengecewakan orang lain.

Apabila ada sikap tegas, anda boleh berbincang mengenai perubahan organisasi secara munasabah dengan meluahkannya secara terus apa yang anda fikirkan atau mahukan. Melalui sikap ini anda boleh menyelesaikan masalah interpersonal seseorang dan meningkatkan kejujuran di tempat kerja anda.

Berikut adalah tanda yang menunjukkan sikap tegas anda di tempat kerja seperti dipetik dari New Straits Times (21 November 2008).

1. Memahami keperluan. Anda perlu tahu apa yang dikehendaki daripada seseorang staf. Anda perlu jelas, spesifik dan mudah apabila memohon bantuan atau mewakilkan kerja anda kepada staf.

2. Menggalakkan perbincangan. Anda harus menggalakkan staf berbincang dan menanyakan soalan dengan anda. Anda mesti bertegas dengan bertanyakan soalan kepada mereka. Sebagai contoh "Apakah soalan anda mengenai topik yang telah kita bincangkan tadi?" berbanding menanyakan soalan seperti ini, "Adakah anda mempunyai apa-apa soalan?"

3. Membantu menyelesai masalah. Apabila seseorang staf menjadi emosional, panggil dan bawa berbincang serta tanyakan apa yang sedang berlaku. Mungkin staf itu sedang tertekan akibat bebanan kerja atau mempunyai masalah peribadi. Cuba beri bantuan atau bimbingan kepadanya serta berikan masa untuknya menyuarakan atau membincangkan masalah yang dihadapi.

4. Mengkaji tanggungjawab staf. Jika ada staf menyoal anda dalam cara yang negatif, cuba bertenang dan hadapi ketidakpuasan hatinya dengan fikiran yang waras. Jika ada staf mengancam anda, bawalah berbincang dengan cara mengkaji semula tanggungjawab dan keutamaannya, seperti yang sepatutnya.

Bertegaslah dan bersikap terus terang, dan yang penting ialah anda mesti berfikiran logik. Jika staf itu berdegil dan tidak mahu untuk melaksanakan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan, anda perlu dapatkan pembabitan pihak lain dengan mengenakan tindakan disiplin seperti yang diperuntukkan dalam polisi organisasi.

5. Memberi dorongan. Sebagai eksekutif atau pegawai, anda perlu kekalkan objektif dalam fikiran pada setiap masa dan tahu akan keutamaan anda sendiri. Ada kalanya anda perlu mendorong orang lain untuk mendapatkan yang terbaik daripada mereka. Anda perlu sentiasa bersedia memberi dorongan dan mencabar mereka. Menariknya, anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui apa yang dikatakan itu telah mendorong dan memotivasikan staf untuk lebih maju.

6. Membina keyakinan diri. Anda harus memberi keyakinan kepada staf untuk meyakini diri mereka, sebagai tanda anda mempercayai mereka. Bantu mereka untuk membina keyakinan diri dan beri ganjaran atau ucapan tahniah sebagai tanda penghargaan kepada staf yang telah melaksanakan kerja yang baik dan berkualiti.

Bagaimanapun, anda boleh memutuskan cara atau alternatif yang bagaimana untuk menjadi seorang yang tegas di tempat kerja. Sehubungan itu, latihlah diri anda untuk menjadi individu yang tegas khususnya dengan rakan ketika sedang belajar di kampus.

Penulis ialah Profesor Madya dan Timbalan Dekan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd.