2012/07/03
Kekurangan satu kerugian bagi rantau Asia Pasifik
Bilangan wanita menjawat jawatan tinggi dalam syarikat di beberapa
negara maju Asia terlalu sedikit, sekali gus mengecilkan kumpulan bakat
memacu pertumbuhan ekonomi.
Firma perunding McKinsey & Company dalam kaji selidiknya mendapati
secara purata wanita di Asia Pasifik hanya mewakili enam peratus dalam
lembaga pengarah berbanding 17 peratus di Eropah dan 15 peratus di
Amerika Syarikat (AS).
Kaji selidik membabitkan 744 syarikat dalam kalangan 10 pasaran saham
utama itu juga mendapati wanita hanya lapan peratus dalam jawatankuasa
eksekutif, berbanding 10 peratus di Eropah dan 14 peratus di AS.
Majoriti graduan wanita
“Ia adalah pembaziran bakat yang besar kerana separuh daripada graduan
di Asia adalah wanita. Ini adalah kerugian, lebih-lebih lagi rantau
ini kekurangan pengurus kanan,” menurut laporan bertajuk Women Matter.
Australia, Hong Kong dan China mempunyai paling ramai wanita dalam
lembaga pengarah, masing-masing merangkumi 13, sembilan dan lapan
peratus manakala Korea Selatan, Jepun dan India berada di tahap paling
rendah.
Di Korea Selatan, yang kuat dengan budaya konservatif, wanita dibebani
tugas berat di tempat kerja dan di rumah, hanya satu peratus wanita
dalam lembaga pengarah.
Jepun pula kedua terendah dengan dua peratus, berikutan tekanan
menjadi suri rumah menyebabkan 60 peratus wanita berhenti kerja selepas
berkahwin.
Jumlah itu meningkat sedikit tinggi pada lima peratus di India.
Tekanan kerjaya dan kerja rumah menjadi sebab utama wanita di dalam
kedua-dua kuasa ekonomi di Jepun dan India meninggalkan pekerjaan.
Bagaimanapun, persepsi itu tidak memberi kesan ketara di Singapura dan
China.
“Beban dua kali ganda ini menjejaskan wanita di Eropah.
“Tetapi ia tidak boleh disangkal bagi wanita Asia dan juga disumbang
oleh kekurangan sokongan kerajaan dalam perkara seperti penjagaan
kanak-kanak,” katanya.
Bagaimanapun, China lebih baik berbanding jiran lain di Asia tetapi
situasi di ekonomi terbesar Asia itu jauh daripada memuaskan dan ia
mempunyai kadar penyertaan buruh wanita paling besar di dunia, tambah
laporan itu.
“Pasaran buruh dan persaingan sengit di seluruh Asia, perbezaan
jantina perlu menjadi keutamaan korporat,” kata, pengarang laporan itu
Claudia Sussmuth-Dyckerhoff. - AFP
Sumber: Berita Harian 2012
No comments:
Post a Comment