Thursday 22 March 2012

Pilihan Kerjaya


Wow banyaknya pilihan!! Mana satu saya nak pilih nie....jom kita explore bidang-bidang ini..

Pelbagai jenis bidang kerjaya terbuka luas untuk anda. 
_________________________________________
 Bidang perubatan dan kesihatan - Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan, kesihatan, dan
 mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat.

Kerjaya Pilihan - Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar), Doktor Haiwan, Pegawai pergigian,  Pegawai farmasi, juruoptik, optometris, juru x-ray, Pegawai kesihatan persekitaran , Pegawai pemulihan perubatan (Pendengaran/Pertuturan/Carakerja/Anggota) , Pegawai veterinar, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu makmal/pembantu perubatan, Juru radiologi, Juru terapi dll.

_____________________________________


Bidang kewangan/perniagaan/hartanah - Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai.


Kerjaya Pilihan -  Pentadbiran dan pengurus bank, Perancang dan pengurus kewangan, Pengurus dan agen insurans, Eksekutif jualan dan pemasaran, Pengurus pengiklanan, Eksekutif akaun, Akauntan/juruaudit, Aktuari, Pegawai bank, Pemerosesan data, Penganalisis data dll.
_____________________________________

Bidang penulisan dan komunikasi - 
Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni.

Kerjaya Pilihan -  Wartawan, Editor, Jurubahasa, Penterjemah, Penerbit rancangan radio/televisyen, Pengacara radio/televisyen, Penulis skrip, Perunding komunikasi, Juruhebah radio dll. 
____________________________________
 
Perkeranian dan Pentadbiran - Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat.

Pilihan Kerjaya -  Pengurus perjawatan,Pegawai tadbir diplomatik, Pegawai sumber manusia, Pegawai tadbir, Pembantu undang undang, Kerani, Setiausaha dll.
____________________________________


Seni Reka dan Kreativiti - Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif.

Kerjaya Pilihan - Pelukis, Pelukis grafik/batik, Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya,
Pereka bentuk dalaman,  Jurugambar, Juru solek dll.
___________________________________

Teknikal - Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain.

Kerjaya Pilihan - Arkitek, Perancang Bandar dan Wilayah, Juruteknik, Juruukur, Mekanik, Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain), Pakar runding pelbagai bidang teknikal, dll
___________________________________

Keusahawanan - Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan.

Kerjaya Pilihan -  Perniagaan runcit, Perusahaan Kilan, Pemborong, Kontraktor, Pengusaha hotel, Perusahaan bengkel, Perusahaan butik, Pengusaha restoran dll.
__________________________________

Perkhidmatan/Sosial - Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai.

Kerjaya Pilihan - Pensyarah/guru pelbagai bidang, Pustakawan, Pegawai Perhubungan Awam, Peguam/pendakwaraya/hakim, Polis/askar, Pegawai antidadah, Pegawai belia dan sukan, Pegawai hal ehwal islam, Pemandu pelancong, Kaunselor, Pegawai syariah, psikologi, Pegawai pembangunan masyarakat, Pramugari/pramugara, Tukang masak profesional, Tentera laut, Tentera darat, Tentera udara, Leftenan maritime, Pegawai kesatria dll. 
___________________________________

Bidang Sains dan teknologi – Bagi yang suka kepada penyelidikan, sains, teknologi dan berkaitan dengan masyarakat.


Kerjaya Pilihan - Saintis, Ahli Biologi/Kimia, Pegawai dietetik, Pegawai galian, Pegawai hidupan liar, Pegawai penyeledik, Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi), Pegawai Kawalan alam sekitar, Pegawai kawalan trafik udara, Pegawai kimia bumi, Pegawai meteorologi, Pegawai perancang bandar dan desa, Pegawai perikanan, Pegawai sains, Pegawai pertanian, Pegawai teknologi makanan, Pegawai teknologi maklumat, Pemeriksa kapal terbang, Jurutera Sistem, Ahli statistik, Ahli forensik,Pakar nuklear dll.
_____________________________________

Jadi pilihan hanya di depan mata, tanya diri anda dan anda ada jawapannya..selamat membuat pilihan!!

Perancangan Kerjaya


Mula merancang perjalanan kerjaya anda dan bersedia dengan perkara-perkara yang mungkin di luar kawalan dan jangkaan kita.

Langkah Menuju Pilihan

Kanak-kanak sudah mula membina impian mereka mengenai impian dan cita-cita mereka. Sesetengahnya terpengaruh dengan model terdekat mereka seperti ingin menjadi seperti ibu atau bapanya atau mungkin juga idola mereka. Walaubagaimanapun secara perlahan-lahan apabila semakin meningkat dewasa, cita-cita mungkin berubah setelah mereka mula di dedahkan dengan pelbagai kerjaya yang ada dalam dunia pekerjaan masa kini. Sebahagiannya telah di pupuk minatnya, didik dan dibentuk oleh ibubapa untuk mendalami bidang-bidang tertentu manakala sebahagiannya pula di beri kebebasan menentukan pilihan kerjaya masing-masing. 

Semua orang menginginkan masa depan yang cerah, membina satu kehidupan yang bermakna bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan kita juga mungkin berimpian untuk menjadi orang yang signifikan dalam masyarakat dan juga negara. Sebelum impian boleh di capai, ada saatnya kita keliru dan seperti tercari-cari jalan mana yang sesuai, pilihan mana yang tepat untuk diri kita kerana kadangkala cita-cita kita jauh daripada pencapaian dan kemampuan kita. 

Jadi untuk mengelakkan kita di belenggu masalah yang tak sudah, sewajarnya kita mendapatkan pandangan daripada pakar yang boleh membimbing kita mencari arah yang betul. Kita perlu dapatkan maklumat mengenai minat, pencapaian, bakat dan segalanya tentang diri kita untuk mengetahui kemampuan dan keupayaan sebenar kita. Dengan ini, lebih memudahkan kita untuk membuat pilihan tepat pada masa akan datang. Kita juga perlu lebih realistik dalam menentukan masa depan kita supaya impian tidak tinggal impian. Walau apa pun pilihan kerjaya kita yang pasti setiap satunya ada sumbangan tertentu dalam masyarakat mahupun negara. Jadi kita perlu fokus kepada kelebihan kita, berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran, mengumpul maklumat kerjaya masa kini, teroka potensi diri, membina alternatif dan buat pilihan yang tepat sesuai dengan diri kita.

Perjalanan hidup tidak lurus sepanjang masa dan sentiasa dapat apa yang diinginkan. Bagi mereka yang telah berjaya dalam kariernya, mungkin mereka telah melalui lebih awal beribu macam dugaan dan cabaran yang membolehkan mereka berdiri teguh pada hari ini. Disebabkan kita semua individu yang nyata berbeza sudah tentulah langkah, pilihannya dan dugaannya turut berbeza. Liku-liku perlu di lalui sebelum sampai ke destinasi sebenar, tetapi jangan pernah berputus asa, menyerah kalah, kecewa atau menyesal seandainya pilihan telah di buat. Teruskan mengorak langkah kerana siapa tahu semakin sukar perjalanan itu sebenarnya kita semakin hampir untuk mengapai kejayaan yang diimpikan. Ambil langkah pertama dan terus maju bergerak kehadapan. Yang pasti kejayaan kita bergantung pada diri sendiri, sesuai dengan usaha dan kesediaan kita untuk berkorban. Yang paling penting, jangan pernah sesekali melupakan Pencipta kita yang telah mengurniakan sejuta nikmat kepada hambaNya, yakin Dia sentiasa bersama kita dan berserah kepadaNya. Perlu di ingat sekiranya suatu hari nanti kita berjaya seperti yang diimpikan ianya adalah kerana Allah SWT mengizinkannya. Jadi dalam menjalani kehidupan kita, sentiasalah mengingatiNya dan bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya tak kira senang atau susah, sedih atau gembira, dan sakit atau sihat.

Bekerjalah dengan penuh amanah dan tanggungjawab!!

Wednesday 21 March 2012

Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM




Rajah di atas merupakan laluan atau hala tuju bagi pelajar-pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran  untuk masa depan mereka dalam usaha membina kerjaya masing-masing.
Pilihan di tangan anda....

Tuesday 13 March 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat datang ke blog kerjaya kami...4ur-career.blogspot.com dengan tema yang di pilih YourCareerPoint & Career Pathway. Di sini kami akan berkongsi pelbagai tips pemilihan kerjaya, jenis kerjaya pilihan, peluang kerjaya, ujian kerjaya secara online dan sebagainya...

Bagi yang masih belum menemui kerjaya yang bersesuaian mungkin boleh  melawat blog ini sambil berkongsi maklumat dengan kami...

Sebarang cadangan untuk penambahbaikan blog ini sangat di alu-alukan...Mari Ikut Kami Bersama-sama Mengejar Kerjaya Impian!!